Hi! Welcome to my blog! Enjoy, please! follow this blog
<
Uploaded with ImageShack.us> My Dream, My Blog
♥ selamat berpuasa ♥
Friday, August 21, 2009 | 1:36 AM | 0 comments



"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)
قراءة بعيدا

Labels:


Thanks for reading :)

♥ info kesihatan ♥
Sunday, August 16, 2009 | 7:11 PM | 0 comments





TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN


Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
قراءة بعيدا

Labels:


Thanks for reading :)

♥ wasiat 4 khalifah ♥
| 7:08 PM | 0 comments

K eempat-empat khalifah yang terkenal itu telah meninggalkan wasiat yang sangat berharga untuk kita semua. Marilah sama-sama kita manfaatkan wasiat yang amat berharga dan seterusnya jadikanlah ia sebagai amalan harian kita

قراءة بعيدا

Labels:


Thanks for reading :)

♥ 7 sunnah ♥
Monday, August 10, 2009 | 11:16 PM | 0 comments


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
قراءة بعيدا

Labels:


Thanks for reading :)

♥ fatimah az-zahrah ♥
Tuesday, August 4, 2009 | 8:50 PM | 0 comments



"ORANG YANG PALING CERDIK ADALAH ORANG YANG PALING BANYAK MENGINGATI MATI DAN MEMBUAT PERSIAPAN MENGHADAPINYA"

SITI FATIMAH BINTI RASULULLAH S.A.W

Ketika SITI FATIMAH BINTI MUHAMMAD BIN ABDULLAH BIN ABDUL MUTHALIB BIN HASYIM BIN ABDU MANAF BIN QUSAI BIN HAKIM(YG BERGELAR QILAB) BIN MURRAH BIN KAAB BIN LU'AI BIN GHALIB BIN FIHRIN BIN MALIK BIN NADHAR BIN KINANAH BIN KHUZAIMAH BIN MUDRIKAH BIN ILYAS BIN MUDHAR BIN NIZAR BIN MA'AD BIN A'DNAN BIN ?????(maaf kurang tahu lagi selepas ini)????? BIN NABI ISMAIL BIN NABI IBRAHIM

Meninggal dunia,maka jenazahnya dibawa oleh saidina Ali,Hassan,Hussein dan Abu Zar AL Ghafari r.a. Ketika mereka telah meletakkan jenazahnya ditebing kubur, berkata Abu Zar "wahai kubur,tahukah engkau jenazah siapa yang kami hantarkan kepadamu ini? 

Beliau ialah siti fatimah al zahrah puteri Rasulullah dan isteri saidina Ali serta ibu Hassan dan Hussien". Maka mereka mendengar suara dari kubur "Aku bukannya tempat orang yang berkedudukan ataupun berketurunan.Aku ialah tempat amal2 soleh,dan tidak akan selamat daripadaku melainkan dia yang banyak amal kebajikkan,bersih hati serta ikhlas dalam beramal ibadah kepada ALLAH"

-satu hari ketika nabi ILYAS a.s sedang duduk,datang malaikat maut untuk mencabaut rohnya.maka nabi Ilyas pun susah hati dan menangis dengan sedihnya..bertanya malaikat maut "apakah erti tangisan ini ya nabi ALLAH??..jawab nabi Ilyas "aku susah hati kerana ketinggalan zikir kepada ALLAH.sebabnya setelah aku,akan ada sekelompok umat yang berzikir kepada ALLAH,sedangkan aku tidak dapat bersama mereka untuk berzikir kepadaNYA"..maka ALLAH telah mewahyukan kepada malaikat maut supaya tidak mencabut rohnya kerana beliau meminta hidup untuk berzikir kepadaKU dan tidak untuk kepentingan dirinya.

-Uthman bin Affan r.a bahawa sesungguhnya apabila dia melalui kuburan,maka beliau berhenti lalu menangis sehingga membasahi janggut beliau. Maka bertanya orang "Ya amirul mukminin,engkau ingat syurga dan neraka serta azabnya hari kiamat,tetapi tidak menangis,kenapa melihat kepada kubur engkau menangis??
jawab beliau "Rasulullah pernah bersabda 'kubur adalah tempat pertama dari beberapa tempat diakhirat dan temapt terakhir dari beberapa tempat didunia. Barangsiapa siapa selamat daripadanya maka apa2 sesudahnya akan lebih ringan dan barang siapa yang tidak selamat daripadanya,maka apa2 sesudahnya akan menjadi lebih dasyat...

semoga ALLAH mngampuni  kedua ibu bapaku di dunia dan akhirat... amin..
semoga aku dapat meninggalkan dunia sebelum dunia meninggalkanku...amin.........

Labels:


Thanks for reading :)

♥ Wanita & kelembutan itU ♥
| 8:21 PM | 0 comments



Ada apa dengan kelembutan seorang wanita ? wanita sendiri yang menentukan pasangan hidupnya. Wanita diberi hak untuk menentukan pendamping hidupnya dan diperkenankan menolak calon suami yang diajukan orang tua atau kerabatnya bila tidak menyukainya


“Tidak boleh seorang janda dinikahkan hingga ia diajak musyawarah (dimintai pendapatnya), dan tidak boleh seorang gadis dinikahkan hingga diminta izinnya.” Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah izinnya seorang gadis?” “Izinnya adalah dengan ia diam”, jawab Rasulullah
selalunya pemikiran wanita itu tidak sama dengan apa yang difikirkan oleh lelaki... kerana wanita dicipta untuk melengkapi antara 1 sama lain...

KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL, KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL, KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'


Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat ...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan


Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI......




selalu lah berdoa agar terpelihara didalam redhanya....
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia" Amin

Labels:


Thanks for reading :)

♥ Raikan Cinta Faridah ♥ Wan
Monday, August 3, 2009 | 10:22 PM | 0 comments


Tahniah buat kawan baik saya... Nurfaridah dan suaminya wan mohd fakrurazi( sori klu salah eja name ye...) diatas pernikahan mereka pada 5 julai 2009... semoga berkekalan didunia & diakhirat... amin..

Labels:


Thanks for reading :)


Older Post | Newer Post