Hi! Welcome to my blog! Enjoy, please! follow this blog
<
Uploaded with ImageShack.us> My Dream, My Blog
♥ Cinta didalam Takdir ♥
Wednesday, July 29, 2009 | 11:58 PM | 0 comments

Didalam perjalan cinta nya fahri.... die belajar erti menghargai...
didalam kasihnya Aisah dia merindukan Maria...
Fahri didalam ayat2 cinta umpama obor kegelapan muslimah...
yang menerangi gelapnyanya hidup Maria...
yang menyinari ceria kehidupan Aisah...
yang menjaga kesuciannya cinta kerana illahi...
masihkah ada fahri lagi...???

Diantara cinta yang bersemi masih ada dugaan & ujian...
pilihlah mengunakan akal yang sihat...
kerana disitulah letaknya kematangan fikiran...
dan ketulusan hati....
jika kau melepaskan dia... membuatkan dia lebih bahagia...
lepaskan lah dia... kerana bila dia kembali kepadamu... dia memang milik mu....


Jika dirimu bkn pilihan nya.... redhakan lah segalanya...
kerana ALLAH merancang yang terbaik untuk hambanya...
jangan kau ragui janji ALLAH yang pasti...
kerana hikmah semuanya dari Illahi...
"Bersedihlah atas dosa2 semalam ,
bukan ditangasi hati yg pergi hari ini..."
"Tebarkan sayap kasih mu ke susur pelangi..., agar kau tak bersedih lagi.... :)
bergembira lah di hari ini... kerana esok belum pasti terlukis senyuman dihati...."

jika aku jatuh cinta Ya ALLAH...
biarlah aku bersedia menerimanya...& tabah bila terluka...
hiasi cintaku dengan redhamu... biar aku jadi yang halal disisinya...
kerana yang ku cari "bukan lah kekasih untuk dijadikan suami, tetapi mencari seorang suami untuk dijadikan kekasih"
cintailah ALLAH sepenuh hatimu... nescaya ALLAH mengurniakan pemilik hati nYA yg sebenar...carilah redha illahi ... :)


ku tutup mataku.... dari semua pandanganku bila melihat matamu... ku yakin ada cinta
ketulusan hati yang mengulir lembut
penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku..
ku tak luput dari dosa.. biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
oh Tuhan tuntunlah hatiku
penguasa alam tolonglah pegangi aku
biar ku tak jatuh pada sumur dosa
yang terkutuk dan menyesatkan cintaku..

p/s:hatiku dicipta bukan untuk dikecewa... hatiku milikNYA slamanya.. jika dipinta hatiku jgn pinta padaku tp minta la padaNYA... krana aku tidak punya hak keatas hatiku melainknMU ya ALLAH :) hatiku bhgia bila bersamaMU.. :)

Labels:


Thanks for reading :)

♥ Wanita bergelar Solehah ♥
Monday, July 27, 2009 | 12:35 AM | 0 comments


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
  • Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
  • Wajib menutup aurat
  • Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
  • Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
  • Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
  • Berbuat baik kepada ibu & bapa
  • Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
  • Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
  • Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
  • Memelihara kewajipan terhadap suami
  • Sentiasa menyenangkan suami
  • Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
  • Tidak bermasam muka di hadapan suami
  • Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
  • Tidak keluar tanpa izin suami
  • Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
  • Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
  • Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
  • Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
Mentaati dan menyenangkan hati ibu
Perempuan yang menjaga agamanya adalah satu keuntungan
Mentaati suami dan menjaga kehormatan diri ketika ketiadaan suami (bagi yang telah bersuami) Kesederhanaan dan kemurnian merupakan sebahagian daripada iman
Tidak menceritakan keaiban suami kepada orang lain (bagi yang telah bersuami)
Wanita disuruh menutup kecantikannya kecuali kepada suami, saudara terdekat, pembantu rumah dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang seks Kesopanan adalah sebahagian dari iman dan iman itu tempatnya di syurga (riwayat Ahmad dan Al-Tarmizi)

"Menetaplah di rumah dan janganlah mempamerkan perhiasan dan kecantikan kamu kepada orang-orang asing seperti mana wanita jahiliah (surah Al-Ahzab:33)

Menjaga pergaulan di antara lelaki dan wanita

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita. Faktor-faktor tersebut ialah:

1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya. Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah,
ayat 23: ertinya: Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya. Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.(Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t.
bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya: "Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir".

3) Mudah terpedaya dengan syahwat. 4) Lemah iman. 5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

Labels:


Thanks for reading :)

♥ Menangis ♥
| 12:17 AM | 0 comments



Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
Menangis kerana rasa takut.
Menangis kerana cinta.
Menangis kerana gembira.
Menangis kerana menghadapi penderitaan.
Menangis kerana terlalu sedih.
Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
Menangis orang munafik - pura-pura menangis."

Labels:


Thanks for reading :)

♥ who i am ADAm? ♥
| 12:14 AM | 0 comments


Adakah ini yang dinyatakan oleh Hawa kepada Adam? Ketahuilah!
Sesungguhnya Hawa itu adalah teman semasa Adam kesunyian di dalam syurga.
Hawa asalnyanya adalah dari tulang rusuk Adam yang bengkok. Jadi tidak
hairanlah jika perjalanan hidup Hawa itu sentiasa inginkan bimbingan dari
Adam. Hawa sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana Hawa adalah
"buruan syaitan". Allah telah mentaqdirkan kaum Hawa lebih ramai daripada
bilangan kaum Adam pada akhir zaman. Adam itu diberi amanah untuk mendidik
Hawa, mengawasi dan menjaga Hawa agar sentiasa dalam redha Allah. Sudah
diketahui bahawa Adam itu merupakan penguasa kepada kaum wanita, oleh itu
Adam adalah imam dan Hawa adalah makmum. Hawa adalah pengikut-pengikut Adam
kerana Adam adalah ketua. Jika Adam benar maka benarlah Hawa, jika Adam
lalai, maka lalailah Hawa. Adam mempunyai kelebihan akal, manakala Hawa
mempunyai kelebihan nafsu. Oleh itu, Hawa memerlukan pimpinan daripada Adam
kerana Hawa sering lupa dan lalai, sering tergelincir ditolak nafsu dan
konco-konconya. Hawa hampir tenggelam??.. oleh itu wahai Adam tolonglah?.!!


Sesungguhnya Hawa itu suka jika Adam mengimamkan solatnya pada setiap
waktu. Hawa akan aminkan bacaan doa dari Adam. Lebih itu juga, Hawa itu
suka jika Adam bangunkan Hawa untuk bertahajjud bersama Adam. Hawa suka
jika Adam kenalkan kepada Hawa masjid-masjid dan majlis agama. Hawa suka
jika Adam mengajar Hawa untuk pandai membaca dan memahami al-Quran. Hawa
suka jika Adam mengkhabarkan kepada Hawa tentang fardu-fardu yang patut
diketahui oleh Hawa. Hawa suka jika Adam menunjukkan kepada Hawa
perkara-perkara yang patut Hawa buat. Hawa juga mengharapkan agar Adam
mengajarkan kepada Hawa agar menjadi isteri yang solehah. Hawa juga
mengharapkan agar Adam mendidik Hawa supaya tunduk, patuh dan menghormati
Adam setiap waktu. Hawa juga mengharapkan agar Adam membantu Hawa supaya
Hawa tidak menjadi beku, dan agar otak Hawa tidak menjadi buntu. Hawa juga
mengharapkan agar Adam dapat menyelamatkan Hawa daripada seksa neraka yang
sudah tentu tiada siapa yag akan bersabar menanggungnya?


"Jika kau belum berkahwin, kejarlah cinta Allah SWT sebelum mengejar cintalelaki/wanita. Tanpa redha Allah SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia. Percayalah. Sia-sia segala usaha kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya meluputkan berkat daripada hidupmu...."
Dan nikahkanlah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak nikah di antara hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya, dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur:32).
Duhai Adam... siapakah Hawa ini dihatimu.....
???

Labels:


Thanks for reading :)

♥ yang terindah ♥
Friday, July 17, 2009 | 12:50 AM | 0 comments


H ari ini bukan semudah semalam untuk bergelar hambaNYA, byk yg perlu dikorbankan,byk lagi yg trpaksa dilepaskan....sekali tersadung rebah menyembah, kala itu melangkahlah gagah, taktala itu pengorbanan, keikhlasan,kesabaran, sesekali air mata menemani....Namun selagi prinsip hidup berada di atas landasan yg benar, usah digusar pd ANUGERAH TUHAN. Anggaplah bila sesekali diduga sekadar utk mematangkan dan mengajarkan kita bangun untuk menjadi mnusia yg lebih baik....... Bila kmu mmandang sgalanya dri Tuhanmu,yg mncipta sgalanya,yg mnimpakan ujian,yg mnjadikn sakit hatimu,yg mmbuatkn keinginan thalang & mnyusahkan hidupmu..pasti akan damailah hatimu kerna masakn DIA sengaja mntakdirkan segalanya utk sesuatu yg sia2,Bukan DIA tidak thu betapa dritanya hidupmu,retaknya hatimu,tp mungkin itulh yg DIA mahu kerna DIA thu hati yg sbeginilah yg slalunya lebih lunak & lebih mudah utk dekat n akrab denganNya..... Seangkuh dan sehebat manapun kamu, namun ke sejadah jua dahimu sujud...

seindah dan semahal man pakaianmu, secarik KAPAN jua membaluti tubuhmu...
sebesar dan seindah mana RUMAHmu,sekujur badan yg GELITA jua tempat singgahmu...
seramai mana kawanmu dan sebanyak man DUITmu tetap kamu KESEORANGANdi sana AMAL IBADAT jadi temanmu...
secantik mana temanmu dan secantik mana rupamu,TULANG PUTIH jua yg akn tinggal... ·

sebuah pengalaman cukup mengajar kita bahawa siapa kita dan siapa Allah yang hakiki....cukup memberi kesan di hati....ucapkanlah,"aku tak mampu ya Allah..." biasa terkeluar dari hati kita.....rintihlah pada Illahi....kerana DIA sememangnya menanti rintihan hambaNYA....
Andai tak ditimpa ujian ini,adakah kita akan mengingati Allah...tanyalah iman,kerana dia bisa memberi jawapan yg paling jujur....tak ALLAH timpakn ujian melainkan kita mampu menghadapinya...dan tidak Allah mencabut sesuatu melainkan menngantikannya dengan yang lebih baik.....nantikan hikmahNYA....pasti dirimu tersenyum penuh keredhaan....(^_^) sesungguhnya seorang muslim itu, apabila berjalan di jalan dakwah...
ia tidak berjalan dengan hatinya sajer.. bahkan dibawa bersama hati saudaranya..
justeru itu, setiap pahala yg didapati sepnjg perjalanannye, pasti akan terbias untuk saudare seperjuangannyer...

Labels:


Thanks for reading :)

♥ Khutbah Nabi Mengenai Dajjal
Tuesday, July 14, 2009 | 9:50 PM | 0 comments


Khutbah Nabi Mengenai Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau
berkata: "Rasululah s.a.w telah
berkhutbah di hadapan kami. Dalam
khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh
masalah Dajjal. Baginda telah bersabda:
"Sesungguhnya tidak ada fitnah
(kerosakan) di muka bumi yang paling
hebat selain daripada fitnah yang dibawa
oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus
oleh Allah SWT ada mengingatkan>kaumnya
tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang
terakhir sedangkan kamu adalahumat yang
terakhir. Dajjal itu tidak mustahil
datang pada generasi(angkatan) kamu.
Seandainya dia datang sedangkan aku
masih ada di tengah-tengah kamu, maka
aku adalah sebagai pembela bagi setiap
mukmin. Kalau dia datang sesudah
kematianku, maka setiap orang menjaga
dirinya.Dan sebenarnya Allah SWT akan
menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu
tempat antara Syam dan Irak. Dan
mempengaruhi manusia dengan begitu cepat
sekali. Wahai hamba Allah, wahai
manusia, tetaplah kamu. Di sini akan
saya terangkan kepada kamu
ciri-ciriDajjal, yang belum diterangkan
oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku
dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak
ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu
nanti dia mengaku sebagai Tuhan.
Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak
mungkin kamu lihat sebelum kamu mati.
Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah
SWT tidak cacat, bahkan tidak sama
dengan baharu. Dan juga di antara dua
mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang
dapat dibaca oleh setiap mukmin yang
pandai membaca atau buta huruf.

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia
membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu
sebenarnya syurganya sedangkan syurganya
itu neraka, yakni panas. Sesiapa di
antara kamu yang disiksanya dengan
nerakanya, hendaklah dia meminta
pertolongan kepada Allah dan hendaklah
dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka
nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api
yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi
sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia
berkata kepada orang Arab:
"Seandainya aku sanggup menghidupkan
ayah atau ibumu yang sudah lama
meninggal dunia itu, apakah engkau
mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab
itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan
pun datang menyamar seperti ayah atau
ibunya.
Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan
suaranya pun sama. Ibu-bapanya berkata
kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia,
sesungguhnya dialah Tuhanmu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu
seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah
dua. Setelah itu dia katakan kepada
orang ramai: "Lihatlah apa yang akan
kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang
akan kuhidupkan dia semula.
Dengan izin Allah orang mati tadi hidup
semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu
bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang
dia bunuh itu, yang kebetulan orang
beriman, menjawab: "Tuhanku adalah
Allah, sedangkan engkau adalah musuh
Allah." Orang itu bererti lulus dalam
ujian Allah dan dia termasuk orang yang
paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara
tipu dayanya juga dia suruh langit
supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan
pun turun. Dia suruh bumi supaya
mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya
tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian
yang paling berat bagi manusia, Dajjal
itu datang ke perkampungan orang-orang
baik dan mereka tidak mengakunya sebagai
Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu
tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak
menjadi.
"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang
yang percaya kepadanya dan penduduk
kampung itu mengakunya sebagai Tuhan.
Disebabkan yang demikian hujan turun di
tempat mereka dan tanam-tanaman mereka
pun menjadi. "Tidak ada kampung atau
daerah di dunia ini yang tidak didatangi
Dajjal kecuali Makkah dan Madinah.
Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi
oleh Dajjal kerana dikawal oleh
Malaikat. Dia hanya berani menginjak
pinggiran Makkah dan Madinah. Namun
demikian ketika Dajjal datang ke
pergunungan di luar kota Madinah, kota
Madinah bergoncang seperti gempa bumi.
Ketika itu orang-orang munafik kepanasan
seperti cacing dan tidak tahan lagi
tinggal di Madinah. Mereka keluar dan
pergi bergabung dengan orang-orang yang
sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah
yang dikatakan hari pembersihan kota
Madinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah
atau tipu daya yang dibawanya itu,
Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian
mereka mendustakannya (tidak beriman
kepadanya), maka disebabkan yang
demikian itu tanam-tanaman mereka tidak
menjadi dan hujan pun tidak turun di
daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu
tempat mengajak mereka supaya beriman
kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya.
Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal
menyuruh langit supaya menurunkan
hujannya dan menyuruh bumi supaya
menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka
mereka mudah mendapatkan air dan
tanam-tanaman mereka subur."
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah
s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya
Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu
tahun orang-orang pendusta dipercayai
orang dan orang jujur tidak dipercayai.
Orang yang tidak amanah dipercayai dan
orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya
Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi
yang paling baik adalah Madinah. Pada
waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal
oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup
memasuki Madinah. Pada waktu datangnya
Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah
bergegar tiga kali. Orang-orang munafik
yang ada di Madinah (lelaki atau
perempuan) bagaikan cacing kepanasan
kemudian mereka keluar meninggalkan
Madinah. Kaum wanita adalah yang paling
banyak lari ketika itu. Itulah yang
dikatakan hari pembersihan. Madinah
membersihkan kotorannya seperti tukang
besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang
diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:
"Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk
ke rumahku ketika aku sedang menangis.
Melihat saya menangis beliau bertanya:
"Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya
Rasulullah, engkau telah menceritakan
Dajjal, maka saya takut mendengarnya."
Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya
Dajjal datang pada waktu aku masih
hidup, maka aku akan menjaga kamu dari
gangguannya. Kalau dia datang setelah
kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta
dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya
Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal
muncul pada waktu orang tidak berpegang
kepada agama dan jahil tentang agama.
Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari,
yang mana satu hari terasa bagaikan
setahun, ada satu hari yang terasa
bagaikan sebulan, ada satu hari yang
terasa satu minggu, kemudian hari-hari
berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah,
tentang hari yang terasa satu tahun itu,
apakah boleh kami solat lima waktu
juga?" Rasulullah s.a.w menjawab:
"Ukurlah berapa jarak solat yang lima
waktu itu." Menurut riwayat Dajjal itu
nanti akan berkata: "Akulah Tuhan
sekalian alam, dan matahari ini berjalan
dengan izinku. Apakah kamu bermaksud
menahannya?" Katanya sambil ditahannya
matahari itu, sehingga satu hari lamanya
menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya
menahan matahari itu, dia berkata kepada
manusia: "Sekarang apakah kamu ingin
supaya matahari itu berjalan?" Mereka
semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka
dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan
menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w
bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada
umatku dan dia akan hidup di
tengah-tengah mereka selama empat puluh.
Saya sendiri pun tidak pasti apakah
empat puluh hari, empat puluh bulan atau
empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT
mengutus Isa bin Maryam yang rupanya
seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan
kemudian membunuh Dajjal itu."

Dan menurut ceritanya setelah munculnya
Dajjal hampir semua penduduk dunia
menjadi kafir, yakni beriman kepada
Dajjal. Menurut ceritanya orang yang
tetap dalam iman hanya tinggal 12,000
lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Sabda Rasulullah : "Sebarkanlah walau
seayat."

Labels:


Thanks for reading :)

♥ Doa penting buat muslimah ♥
| 9:35 PM | 0 comments

Doa bagi mengelakkan di Cabul


Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya"

( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)


Satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w. Quote:
Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ


Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim"

( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Labels:


Thanks for reading :)

♥ Mari t'menung & merenung ♥
| 12:46 AM | 0 comments


“Boleh jd kamu mmbnci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jd pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bgmu, Allah mengetahui sdang kmu tdk mengetahui”


Al-Baqarah:216

1. A’kum.Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy
prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung awk. Sy harap kite leh brkenalan..
ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy.
Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan
mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt,
tp demi Allah, sy cuba wat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau, jaga aurat leklok..
jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau..
jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. Wak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, Wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq..
i love u too..

5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sapa saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je.. mcm x special plk diri sy utk
awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl ayang.. bole ke? Awk pggl sy bi
ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks ayang..
love u.....

7. Yang. kekdang bi tgk ayang ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just
tanya ayang pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat ayang ni....
hihihi..

8. Yang bi nak ayang tau, ayanglah segalanya utk bi, ayang la pmberi semangat utk bi...
yang.....bi harap bi ngan ayang xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring..
so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..

9. Ayang..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye.. ayang bwk la kawan2 k..tq
ayang.....

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm
hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi ayang, watpe 2? Nk ckp sket.. nape ayang bwk satu battalion nak jumpa abg?...
ayang x caye kat abg eh.. huhu..

12. Ayang..kite jumpe k?..abg suka ayang pakai tudung yg abg beli tu..cam
wardina lak..bkn ayang x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt ayang bwk sorg dah la k..

13. Ayang..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari ayang td.. Tol gak ckp
ayang eh, trsentuh xpe..ter.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat ayang..

14. Tq jumpa td, ayang cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke?
Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho..
tgk td kwn ayang cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni..
tgk..Allah memberkati hubungan kite.. ayang solat dah ke? Doakan abg
skali ek..miss u..

15. Ayang..just nk tanya.. ayang cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh?
50% je...huhu..yang. . just nk tanya..rambut ayang panjang x?
just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek..
yg abg bg kat ayang tu.. Ayang..bg la gmbr ayang special untuk abg yg pakai tudung td 2..
Cntk nye ayang..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. ayang cintakan abg berapa percent?
Sepenuh hati??? Thanks ayang..love u too..

18. Ayang..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. ayang kan milik abg..
Thank 4 being understanding. .

19. Ayang kata ayang cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya ayang cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT SEBENAR....


PEGANG TANGAN > TERABE > TERSEDAP >TERLANJUR >
TERBUNTING > TERBUANG ANAK >TERKELUAR VCD LUCAH >
TERMALU >TERTEKAN >TERSEKSA >TERBUANG

JIKA INI BERTERUSAN, MUNGKIN TERBUNUH DIRI....

semuanya TER aje kan....

TER KE?????


BERMULA DARI SMS BERBUNYI,
" hai, bole saye kenal...."
(ayat di atas td contoh msg, anggap no itu stage stage untuk antum kearah....ter....

berhenti sebelum, ter..... hmm.. ) one goes to another..


p/s: jgn salahkan keadaan... cinta itu indah jangan dinoda walau setitik zarah..
syariat x menghalalkn cara...
jika ada jalan yg halal kenape masih melihat jln yg haram..
peringatan buat diriku dan semua saudara2 seislam ku...

Renung2kn & slamat beramal...

Labels:


Thanks for reading :)

♥ dan yg sewaktu denganya ♥
Monday, July 13, 2009 | 11:56 PM | 0 comments




Dengan nama ALLAhH yg maha pemurah lg maha penyanyang...

salam buat semua temanku semua... semoga kalian dilimpahi keberktan dan keredhaan tuhan...
saya mendoakn juga agar kalian trus diberi kesihatan.. syukuri lah nikmat iman... dan tegak islam diatas kebenaran... kelak hidupmu akan lebih aman..
carilah ketenangan didalam diri, yg slalunye paling susah untuk didapati... tp dengan usaha yang pasti.. insyALLAH akan kau temui... ketenangan hati... kerana didalam diri manusia tersembunyi sebuah rahsia... Rahsia Illahi...

setiap manusia yang bernyawa itu pasti kan mati suatu hari nanti...
sebelum mata itu tertutup dan tidak dapat dibuka kembali..
carilah hatimu didalam diri... singkap lah tabir rahsia illahi... dengan hati yang suci...

Bila ku teringat kembali dosa noda yang menjanjikan azab sengsara...
namun kusedari keampunanmu tidak bertepi... sesungguhnya rahmatMu ya ALLAH mengatasi kemurkaanMU...
ku akui diri ini hamba yg mungkir pada janji-janji..
Yang mebolak balik kn hati-hati ini, teguhkan hatiku pada agamaMU.
terimalah taubatku ini... padamu illahi..

ya ALLAH....
keresahan ku ini tidak dapat digambar lagi...
bila kurasa dosaku mengunung tinggi... tp taubat ku x kutepati..
tuhan rahmatmu melangit luas.. terlalu sdikit ku bersyukur..
kini ku kembali padamu...
mengharap mahgfirah darimu...
moga terampunlah dosa-dosaku...
jangan kau palingkan kasihmu dari ku...

ALLAH tidak akn mengecewakan hambanya yg trus mengasihinya..

skali ku kecewa dengan kasih manusia..
x kan ku b'paling lg pd mereka...
andai cinta ku dulu dusta...
x kan ku biar kebenaran menutup mata...
Aku insan yg lemah...
Dikuatkn dgn 1000 Mehnah..
Andai ALLAH ciptakan Cinta untuk ku...
biar bersemadi di syurgA..


HakmilikekalALLAH~ chick Suri~

Labels:


Thanks for reading :)

Walau aku Di hatiMu ♥
| 8:51 PM | 0 comments


Sahabat...
Walaupun aku ada dihatimu,
maka itulah kebahagiaanku Banyak sekali ruang di hatimu,
untuk Allah, Ibu, Ayah, saudaramu
dan untuk orang yang kaucintai.
Sahabat...
Walaupun aku ada dihatimu,
maka itulah sebab keceriaanku Ruangan dihatimu
pun beragam macam ruang tertinggi untuk Allah,
ruang termulia untuk ibu
ruang terhormat untuk Ayah,
ruang terindah untuk saudaramu,
dan satu ruang kau sediakan khusus untukku.
ya.., khsusus untukku...
Sahabat ...
Walaupun aku ada dihatimu,
itulah penghibur birunya hatiku
Letakkan diriku di ruang yang sederhana,
paling sederhana agar jarang kau ingat diriku
tapi tak pernah kau lupa ...
Bukan puisi dapat ku nukil buatmu…
atau warkah dapat ku layar padamu…
isi kalbu ku sedalam lautan biru...
setinggi gunung menyapa mega...
lisan ku mati lantaran kelu...
hati ku nanar dalam mengenalimu..
benar, zaman berlari dihambat waktu…
tetapi, manhaj inikan kekal satu…
denai ke syurgakan tetap satu..
dan di akhir persimpangan itu,
kitakan bubar ke destinasi sendiri…
tidakku tahu destinasi kau dan aku..
ke neraka yang menyeksa sang lalai derhaka?
Atau ke syurga merehatkan si kuat kerja?
kau pilihlah sendiri-kerna kau adalah kau
dan aku tetap aku..
Terima kasih atas segalanya
pilihan yang terbaik
adalah jika dinilai dengan akal yang sihat,
tidak di ikutkan hawa nafsu
yang slalu memburu...
disetiap waktu..
yang selalu membelenggu...
diri manusia yang tertipu...
dengan godaan yang cemburu,
akan kebaikan hati itu...




_Aku bukan Utukmu_

Labels:


Thanks for reading :)

♥ di sebalik Hikmah ♥
| 8:36 PM | 0 comments


Mungkin Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang SALAH, sebelum kita menemui insan yang BETUL, supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang BETUL, kita akan tahu bagaimana untuk BERSYUKUR, dengan nikmat pemberian dan Hikmah disebalik pemberian itu....

Daripada Tsabit al-Banani katanya:

كنت عند أنس، وعنده ابنة له، قال أنس:
جاءت امرأة إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم تعرض عليه نفسها، قالت يا رسول الله، ألك بي حاجة ؟ فقالت بنت أنس: ما أقل حياءك، واسوأتاه واسوأتاه، قال هي خير منك، رغبت في النبي صلى الله عليه وسلم فعرضت عليه نفسها.

Pernah suatu ketika aku bersama Anas, Dan bersamanya juga anak perempuannya. Kata Anas; “Datang seorang perempuan kepada Rasulullah s.a.w menawarkan dirinya kapada baginda, katanya: "Wahai Rasulullah, adakah kamu berhajat kepadaku?" Lalu anak perempuan Anas pun mencelah: “Alangkah tak malunya dia.., alangkah buruknya..” Kata ِAnas: “Dia lebih baik darimu, dia menghendaki Nabi Allah, lalu perempuan itu menawarkan dirinya kepada Rasulullah." [Sahih al-Bukhari - no:4828]

Ibn Hajar al-Asqalani berkata: Berkata Ibn al-Munir:

....وَهُوَ جَوَاز عَرْضِ الْمَرْأَة نَفْسهَا عَلَى الرَّجُل الصَّالِح

yakni menunjukkan harus seorang perempuan menawarkan (dirinya untuk dinikahi)
kepada seorang lelaki yang soleh…[Fath al-Bari, juz. 14, ms. 370


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan
terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah
tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah
seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama
tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang
dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang
pernah dialami.

Biar KEPAHITAN itu pergi
Agar KEMANISAN mengisi
Biar KEKECEWAAN berlalu
Agar KEGEMBIRAAN mewarnai
Biar KEGELISAHAN lenyap
Jangan kita HILANG SEMANGAT
Biar PENDERITAAN itu menyapa
Agar KEKUATAN kita dijana semula
Biar diriku DERITA
Agarku tahu KEPAHITAN itu SENGSARA
Agarku sedar KESENGSARAAN ini tidak sama
Bahkan hanya CEBISAN dari penderitaan Rasulullah saw
ALLAH sekali-kali tidak menzalimi hamba-Nya
Tapi MANUSIA-lah yang menzalimi diri sendiri

p/s: Semoge aku terus dikuatkan iman, Ditingkatkan ketaqwaan, Di jauhkan dr Kemungkaran,
Diberi CINTA dari tuhan... kerana harapanku hanya padamu... HatiKu tercipta BUKAN
untuk di KECEWA... biar la kecewaKu itu didunia bukan d iakhirat sana...
Ya ALLAh... tiada lagi harapan ku selain hanya kepadaMu....


Labels:


Thanks for reading :)

♥ kiasan dunia bila diduga ♥
| 8:34 PM | 0 comments


Tajuk yang indah ini menarik perhatian saya ketika saya membaca satu soalan yang ditujukan kepada para gadis:Adakah anda bunga atau mutiara?? Bunga cantik, begitu juga dengan permata. Mana satukah yang anda pilih? Ya, bunga baunya wangi, warnanya cantik, menggoda dan menarik, manakala permata tinggi harganya dan cantik juga.
Tetapi, bunga umurnya pendek. Cepat layu jika dipanah terik matahari atau diganggu oleh tangan manusia atau binatang. Mungkin ada orang memetiknya, lalu ia akan layu dengan cepat. Umur bunga sangat pendek. 

Sedangkan permata akan kekal kelihatan cantik selama-lamanya jika ia terus berada di dalam cenkerangnya. Ia tidak bersinar melainkan kepada yang berhak dan layak.
Kedua-duanya cantik tetapi kecantikan mutiara berkekalan sementara kecantikan bunga hanya sementara. Demikian juga dengan para gadis. Gadis yang tidak menutup aurat cantik tetapi ia sama seperti bunga. Manakala gadis yang menutup aurat dengan sempurna adalah mutiara yang amat cantik. Pasti terdapat perbezaan antara kedua-duanya. 

Oleh itu wahai saudariku! Wahai orang-orang yang merindui syurga dan merindui para pemuda di dalamnya yang kekal abadi serta kenikmatan yang berpanjangan! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya! Ketahuilah syurga Allah mahal harganya!
Setiap gadis yang beriman bahawa Allah sebagai tuhannya, Muhammad saw sebagai nabinya dan Islam sebagai agamanya hendaklah memerhatikan firman Allah swt       (surah Ali:Imran ayat 102)
Maksudnnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Kembalilah! 

Islam bererti menyerah, menerima serta tunduk kepada segala perintah Allah dengan penuh kerelaan dan reda.
Apakah yang Allah swt perintahkan kepada anda wahai muslimah?! Dia memerintahkan anda supaya menutup aurat. FirmanNya (surah al-Nur ayat 31)
Maksudnya: dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju dengan tudung kepala mereka.. 

FirmanNya lagi (surah al-Ahzab ayat 36)
Maksudnya: Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara, (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka.
Jika benar kita muslimah, ini bererti kita menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah. Jika kita menyerah, menerima dan tunduk kepada perintah Allah, kenapa kita tidak menutup aurat kita? 

Aku memohon bantuanMu, wahai Tuhan!
Daripada sekeping hati yang cintakan kebaikan buat kita semua dan bercita-cita agar kita mengecapi kemanisan iman.. daripada sekeping hati yang bimbang akan berjauhan daripada Allah dan yang bimbang hati kita akan menjadi gelap... yang bimbang keburukan-keburukan yang akan mencacatkan lembaran amalan hasil daripada pandangan nakal para pemuda dan pemudi yang menjadikan kalian sebagai ikutan kerana tidak menutup aurat, meskipun hati kalian dipenuhi dengan segala kebaikan? meskipun segala kebaikan yang kalian lakukan, daripada kepingan hatiku ini, saya mengharapkan kebaikan untuk kalian.... Kuatkan semangat dan bermulalah dari sekarang! Ucapkanlah... aku memohon bantuanMu, wahai Tuhanku! Bantulah daku menghadapi diriku sendiri dan godaan-godaan dunia? Aku bertawakkal kepadaMu, wahai Tuhanku. Engkaulah segala-galanya bagiku... Tiada Tuhan bagiku selainMu. Maka perelokkanlah seluruh hal ehwalku.... 

Renungan
Sekarang saya tujukan perkataan ini pula kepada setiap wanita yang telah memakai tudung. Ia adalah seruan agar setiap wanita yang telah memakai tudung agar mereka berdiri di hadapan cermin dan bertanya kepada dirinya sendiri: Adakah tudung saya ini bersesuaian dengan kehendak Allah? Adakah akhlak saya bertepatan dengan kehendak Allah.... Sesetengah wanita yang telah memakai tudung menyangka dengan meletakkan secebis kain di atas kepalanya itulah segala-galanya, sedangkan dia memakai pakaian yang sempit dan jarang serta tidak menjaga akhlak dan adab Islam. Pernah terjadi seorang ibu mengadu kepada saya melalui panggilan telefon tentang seorang anak perempuannya yang memakai tudung, tetapi menanggalkannya ketika berada di tepi pantai, tidak sembahyang dan tidak melayan ibunya sebagaimana selayaknya sebagai seorang ibu.
Maka ketahuilah wahai wanita yang telah memakai tudung bahawa tudung anda bukanlah segala-galanya. Jika benar anda memakainya kerana mahu mendapat keredaan dan kecintaan Allah serta kerana mentaatiNya semata-mata, maka sekali lagi ketahuilah bahawa tudung adalah pakaian Islam yang mempunyai beberapa syarat. Tudung juga adalah akhlak dan adab serta membantu anda untuk melakukan ibadat-ibadat yang lain.
Katakan tidak! 

Seruan buat muslimah...... Wahai muslimah untuk berkata tidak kepada:
1. Pakaian yang sempit dan jarang. 2. Pakaian yang mendedah aurat di tepi pantai, di majlis-majlis keramaian dan di mana-mana sahaja. 3. Wangi-wangian dan solekan. 4. Seluar sendat yang menyakitkan mata dan hati setiap orang yang cemburukan agamanya kerana melihat para gadis memakainya dengan begitu bersahaja tanpa menyedari kesannya terhadap para pemuda.
wahai muslimah perhatikan dirimu di dalam cermin sebelum kita keluar rumah. 

Perhatikan dari depan dan belakang? Adakah pakaian kita bertepatan dengan kehendak Allah?  Bagaimana sepatutnya pakaian kita?
1. Hendaklah menutup seluruh badan kecuali muka dan tangan. 
2. Tidak jarang. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:Akan ada di kalangan umatku nanti wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang. Kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan memperoleh baunya.
3. Tidak sempit. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: Malu dan iman adalah beriringan.
4. Tidak disapu dengan bau-bauan. 
5. Pakaian itu sendiri bukan perhiasan. Firman Allah swt (surah al-Nur ayat 31) yang bermaksud dan janganlah mereka (wanita-wanita yang beriman) memperlihatkan perhiasan mereka?? Anda di dalam syurga 

Wahai muslimah! Wahai mukminah! 
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:Sesiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik. Wahai wanita yang tidak memperlihatkan perhiasannya kerana Allah sedang dia difitrahkan suka kepada perhiasan, dengarlah sabda Rasulullah saw berkenaan sifat wanita-wanita dunia di dalam syurga kelak. Sabda baginda saw yang bermaksud: Dengan sembahyang, puasa dan ibadat mereka kepada Allah swt, Allah menghamparkan cahaya di atas muka mereka dan memakaikan sutera berwarna putih, pakaian berwarna hijau dan perhiasan berwarna kuning di atas badan mereka. Dapur mereka adalah mutiara dan sikat mereka adalah emas. Mereka berkata: Kami kekal abadi dan tidak akan mati. Kami penuh kelembutan, sama sekali tidak menyusahkan. Kami akan terus muda, tidak tua selama-lamanya. Ketahuilah bahawa kami sentiasa reda, tidak marah sama sekali. Bergembiralah bagi sesiapa yang memiliki kami dan kami memiliki mereka. (Riwayat al-Tirmizi)

Labels:


Thanks for reading :)


Older Post | Newer Post