Hi! Welcome to my blog! Enjoy, please! follow this blog
<
Uploaded with ImageShack.us> My Dream, My Blog
♥ di sebalik Hikmah ♥
Monday, July 13, 2009 | 8:36 PM | 0 comments


Mungkin Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang SALAH, sebelum kita menemui insan yang BETUL, supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang BETUL, kita akan tahu bagaimana untuk BERSYUKUR, dengan nikmat pemberian dan Hikmah disebalik pemberian itu....

Daripada Tsabit al-Banani katanya:

كنت عند أنس، وعنده ابنة له، قال أنس:
جاءت امرأة إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم تعرض عليه نفسها، قالت يا رسول الله، ألك بي حاجة ؟ فقالت بنت أنس: ما أقل حياءك، واسوأتاه واسوأتاه، قال هي خير منك، رغبت في النبي صلى الله عليه وسلم فعرضت عليه نفسها.

Pernah suatu ketika aku bersama Anas, Dan bersamanya juga anak perempuannya. Kata Anas; “Datang seorang perempuan kepada Rasulullah s.a.w menawarkan dirinya kapada baginda, katanya: "Wahai Rasulullah, adakah kamu berhajat kepadaku?" Lalu anak perempuan Anas pun mencelah: “Alangkah tak malunya dia.., alangkah buruknya..” Kata ِAnas: “Dia lebih baik darimu, dia menghendaki Nabi Allah, lalu perempuan itu menawarkan dirinya kepada Rasulullah." [Sahih al-Bukhari - no:4828]

Ibn Hajar al-Asqalani berkata: Berkata Ibn al-Munir:

....وَهُوَ جَوَاز عَرْضِ الْمَرْأَة نَفْسهَا عَلَى الرَّجُل الصَّالِح

yakni menunjukkan harus seorang perempuan menawarkan (dirinya untuk dinikahi)
kepada seorang lelaki yang soleh…[Fath al-Bari, juz. 14, ms. 370


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan
terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah
tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang
telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah
seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama
tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang
dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang
pernah dialami.

Biar KEPAHITAN itu pergi
Agar KEMANISAN mengisi
Biar KEKECEWAAN berlalu
Agar KEGEMBIRAAN mewarnai
Biar KEGELISAHAN lenyap
Jangan kita HILANG SEMANGAT
Biar PENDERITAAN itu menyapa
Agar KEKUATAN kita dijana semula
Biar diriku DERITA
Agarku tahu KEPAHITAN itu SENGSARA
Agarku sedar KESENGSARAAN ini tidak sama
Bahkan hanya CEBISAN dari penderitaan Rasulullah saw
ALLAH sekali-kali tidak menzalimi hamba-Nya
Tapi MANUSIA-lah yang menzalimi diri sendiri

p/s: Semoge aku terus dikuatkan iman, Ditingkatkan ketaqwaan, Di jauhkan dr Kemungkaran,
Diberi CINTA dari tuhan... kerana harapanku hanya padamu... HatiKu tercipta BUKAN
untuk di KECEWA... biar la kecewaKu itu didunia bukan d iakhirat sana...
Ya ALLAh... tiada lagi harapan ku selain hanya kepadaMu....


Labels:


Thanks for reading :)


Older Post | Newer Post