Hi! Welcome to my blog! Enjoy, please! follow this blog
<
Uploaded with ImageShack.us> My Dream, My Blog
Ada ape dengan ♥
Wednesday, July 8, 2009 | 9:41 PM | 1 comments


Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je tapi itu cinta pada manusia... kalau cinta hanya pada Allah... dia x kn biarkan kita merasa sunyi.. kerana Allah akan mencintai hambanya yang mencintainya... walaupun kita sering melupakan nya... tetapi Allah tetap menjaga kita, menolong kita, mendengar rintihan kita, dan Allah selalu ada disisi kita...kerana apa yg kita miliki sekarang bukan milik kita... hatta hati kita.. didalam dada kita juga bukan milik kita... semuanya milik Allah... - bercintalah dengan yg maha esa... kelak akan terasa kemanisan nya...


Sayang
- Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita boleh kata pendengar setia... dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya..
itu sayang dengan manusia.... kita akan terus disakiti... kalau memberi sayang kita pada manusia....kerana tidak semua manusia tahu menghargai apa yang kita beri...
ruginya kita x menghargai diri kita... memberi sayang itu pada yg bukan haknya.....-sayang lah dirimu sebelum menyanyangi insan lain..


Suka - Kita sukakan dia kerana.. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak, ketawa, gembira... indahnya... Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh membuatkan kita gembira,bergurau senda... boleh hiburkan kita dikala kita berduka... selalunya kawan-kawan kita... tp semua kawan kita ke kita suke??? x semua kan?? hati-hatilah memilih kawan... kerana untuk melihat baiknya akhlak seseorang itu, lihat lah dengan sapa dia berkawan... kawan adalah cermin kepada dirinya...


Minat
- Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.. dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… perasaan minat boleh dipupuk... pupuk la minat kita pada perkara-perkara kebaikan...

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu… tp sebelum jatuh
CINTA persiapkan dirimu dengan CINTA yang esa... kerana tanpa CINTAnya... tidak akan ada CINTA
manusia...

P/s: Cinta saja tidak menjamin untuk bahagia... carilah ketaqwaan didalam cinta nescaya akan muncul ketenangan & kebahagian yg berterusan.... kerana manusia mempunyai 1000 alasan... mentafsir apa itu cinta.....???

Labels:


Thanks for reading :)


| Newer Post